Kami amat teruja untuk memperkenalkan platform pembelajaran Skillshop yang baharu (sebelum ini dikenali sebagai Akademi untuk Iklan), iaitu tempat yang membolehkan semua peringkat pelajar mendapatkan latihan dalam talian secara fleksibel untuk menguasai produk, alat dan platform Google yang digunakan dalam kerja mereka. Sama ada anda merupakan sebahagian daripada komuniti pelajar kami yang sedia ada atau menyertai kami untuk kali pertama, kami mahu memperkenalkan perkara baharu kepada anda, memastikan anda mengetahui cara menavigasi platform dan kami mahu berkongsi cara Skillshop boleh membantu anda mencapai matlamat profesional anda.

Apakah itu Skillshop?

Skillshop ialah pusat latihan sehenti untuk semua orang yang menggunakan alat dan penyelesaian Google. Baik bagi pakar yang berpengalaman mahupun pemula, Skillshop menawarkan kursus yang menyeluruh untuk membantu anda mencapai kecemerlangan dalam kerjaya anda, mentransformasikan perniagaan anda atau mendapatkan peluang keemasan untuk anda. Skillshop menawarkan latihan dan pendidikan untuk rangkaian produk Google yang berikut, dan lebih banyak produk akan ditambahkan pada platform ini pada masa hadapan:

Perkara baharu

Selain nama baharu, Skillshop dilengkapi rupa dan penampilan baharu untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang dipertingkatkan kepada semua peringkat pelajar. Kami telah mengemas kini kandungan dan kursus yang tersedia dan kami akan terus menambahkan bahan baharu untuk memperkasakan pengetahuan anda. Kini Skillshop menawarkan laluan pembelajaran menyeluruh dan diperibadikan yang sejajar dengan tahap serta matlamat anda dan kursus kendiri untuk kandungan bersaiz kecil. Bagi pengguna yang menggunakan Academy for Ads untuk latihan Google Ads, kami telah menambahkan:

  • Laluan pembelajaran baharu untuk meningkatkan kecekapan anda dalam pengurusan dan pengukuran kempen Carian, Paparan, Video dan Beli-belah.
  • Laluan pensijilan baharu bagi setiap jenis kempen dan Pensijilan Pengukuran baharu untuk mengesahkan kemahiran anda dalam setiap bidang. Untuk mendapatkan pensijilan bagi produk Google Ads, ambil penilaian pensijilan dalam laluan pembelajaran yang berkenaan.
  • Penilaian diagnostik baharu yang membolehkan anda menguji pengetahuan anda sebelum mengambil penilaian pensijilan. Gunakan modul ini untuk menyemak sama ada anda sudah bersedia dan kenal pasti perkara yang perlu anda pertingkatkan sebelum anda memulakan penilaian pensijilan.

Tanpa mengira peringkat kemahiran anda, Skillshop boleh membantu anda:

  • Belajar daripada pakar kami. Latihan Skillshop dibangunkan dan disahkan melalui perkongsian dengan pakar produk Google untuk memberi anda kecekapan dan kemahiran khusus yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda.
  • Memperkasakan pendidikan anda. Skillshop ialah kedai sehenti yang menawarkan segala keperluan anda supaya anda dapat memanfaatkan produk Google dengan sepenuhnya dalam kerja anda.
  • Belajar mengikut kemampuan anda. Struktur Skillshop yang fleksibel membolehkan anda memilih masa, tempat dan cara pembelajaran yang sesuai untuk anda. Tanpa mengira tahap kemahiran anda, anda akan menemukan kursus dan laluan pembelajaran yang direka bentuk khas untuk peranan, matlamat dan tanggungjawab anda.
  • Tingkatkan nilai profesional anda. Skillshop memberi anda pengetahuan dan kemahiran praktikal dan konseptual berkenaan produk, serta pensijilan Google yang diiktiraf oleh industri, yang menambahkan nilai dan kredibiliti pada profil profesional anda.

Navigasi Skillshop

Halaman utama: Halaman utama diperibadikan, iaitu tempat anda boleh menemukan kursus yang telah anda mulakan dan cadangan latihan
Semak imbas: Tempat anda menerokai katalog Skillshop untuk mendapatkan topik dan kursus yang mahu anda pelajari
Profil: Maklumat akaun dan pensijilan anda disenaraikan di sini
Kegemaran: Terdapat dalam bahagian “Lagi” pada profil anda, ciri ini membolehkan anda menyerlahkan kandungan berguna yang mahu anda rujuk semula
Pemberitahuan: Ikon loceng Pemberitahuan akan memberi anda kemas kini tentang kandungan, ciri atau maklumat akaun
Perihal Skillshop: Petua pakar tentang cara memanfaatkan Skillshop dengan sepenuhnya dan kemas kini tentang ciri serta kandungan baharu
Pusat Bantuan: Cari topik bantuan – termasuk cara menggunakan Skillshop – terokai ciri, penyelesaian masalah dan perkara lain yang perlu anda ketahui

Mari mula belajar

Pelajar merupakan peneroka yang sentiasa berusaha untuk menerokai semua aspek kemungkinan. Mereka merupakan pemimpin yang mendorong diri mereka untuk memecahkan rekod sendiri. Mereka merupakan orang yang membawa pembaharuan, yang sentiasa mencari cara baharu untuk memperhalus cara mereka bekerja dan mendapatkan hasil yang lebih baik. Sama ada anda mahu memberikan tanggapan baik kepada pelanggan anda atau memajukan kerjaya anda, Skillshop bersedia untuk menyokong perjalanan pembelajaran anda. Pantau blog ini untuk mendapatkan kemas kini tentang ciri dan kandungan terkini daripada Skillshop. Kami akan terus mengembangkan kurikulum kami untuk menyokong pembelajaran anda dan membantu anda mencungkil potensi anda. Buat masa ini, kami menggalakkan anda untuk menerokai semua perkara yang ditawarkan oleh Skillshop dan kami mengalu-alukan maklum balas anda.

Selamat belajar!

Pasukan Skillshop

Mula meneroka

Ada pertanyaan?
Lawati Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara memanfaatkan Skillshop dengan sepenuhnya.