Kita tidak pernah mempunyai masa yang mencukupi dalam sehari untuk menyelesaikan semua tugas yang ingin diselesaikan. Malangnya, kita tidak dapat menambah masa tambahan pada hari kita, tetapi kita boleh menggunakan masa yang kita ada dengan lebih baik. Salah satu caranya adalah merancang masa dengan teliti. Cara yang lain adalah membiarkan teknologi mengautomatikkan tugas tertentu. Dalam unit ini, kita akan belajar cara untuk bekerja dengan lebih cekap dan menjimatkan masa supaya kita dapat meluangkan masa untuk sesuatu yang benar-benar penting… dengan pelajar kita.

Apakah yang Akan Anda Pelajari?

Dalam unit ini, anda akan mempelajari:


  • Cara untuk berkomunikasi dan merancang dengan berkesan dengan pelajar anda serta ibu bapa mereka.
  • Cara membuat janji temu dengan ibu bapa.
  • Cara meningkatkan kefungsian Kalendar Google dan Gmail dengan Tetapan Lanjutan
  • Cara melakukan pelbagai lagi perkara di Drive dengan Apl
  • Cara mempertingkat Chrome dengan sambungan
  • Cara berkongsi apl dan sambungan dengan kelas anda.
  • Cara mengautomatikkan hidup anda dengan Alat Tambah
  • Cara menilai dengan lebih berkesan menggunakan Alat Tambah


Jika anda telah pun mengetahui bahan ini, sila langkau ke Semakan Unit di bahagian akhir.

Apakah Produk yang Akan Kami Rangkumi?

Sepanjang unit ini, kami akan menggunakan produk ini. Anda tidak perlu menjadi pakar produk, tetapi jika anda tidak pernah menggunakan produk ini, luangkan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan produk ini. Untuk mendapatkan bantuan, klik ikon di bawah.

Apakah Kemahiran yang Akan Anda Perlukan?

Sepanjang unit ini, kami akan meminta anda melakukan tugasan yang memerlukan kemahiran berikut. Jangan bimbang, kami akan menunjukkan tempat untuk anda mempelajari setiap kemahiran di sini DAN sekali lagi dalam setiap pelajaran.

Kongsi Kalendar

Buat Slot Janji Temu

Dayakan Tetapan Lanjutan dalam Gmail

Urus Apl dan Sambungan Chrome

Buat koleksi peribadi apl Chrome

Urus Alat Tambah